HISTORY
Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 5
- BAB 1 : KEMUNCULAN DAN PPERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA
- BAB 1 – KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARADefinisi ImperialismeDasar sesebuah negarameluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu.Faktor-faktor Imperialisme1. Keistimewaan Asia Tenggara
- Kedudukan strategik kerana terletak antara China dan India.
- Jaminan pasaran yang luas.
- Tanah-tanih yang subur untuk pertanian.
- Kaya dengan bahan mentah
2. Revolusi perindustrian.- Kepesatan perindustrian membolehkan pengeluaran hasil perkilangan secara besar-besaran.
- Bekalan bahan mentah konsisten dan kawasan pasaran baru diperlukan.
- Asia tenggara menjadi sasaran kerana bahan mentahnya.
3. Pengangkutan dan Perhubungan- Kapal wap membolehkan muatan banyak dan mempecepat perjalanan.
- Pembukaan terusan Suez (1869) memendekkan jarak perjalanan.
- Telegraf memudahkan perhubungan.
4. Persaingan kuasa-kuasa barat- Semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan yang diterima.
- Keluasan tanah jajahan melambangkan kekuatan dan kekayaan
5. Alasan Orang Barat- British & Belanda- Beban orang Putih
- Perancis- Tugas menyebarkan Tamadun
- Mubaligh Kristian berpendapat mereka bertanggungjawab menyebarkan agama Kristian kepada penduduk di tanah Jajahan.
PERUBAHAN POLITIK DI INDONESIA- Belanda membahagikan pentadbiran kepada dua iaitu pentadbiran pusat dan pentadbiran tenpatan.
- Pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral
- Pentadbiran tempatan dikendalikan oleh pembesat tempatan dengan pengawasan pegawai Belanda.
- Penubuhan Jabatan Pelajaran dan jabatan Pertanian.
- Penubuhan Dewan Tempatan
- Penubuhan Volskraad yg merupakan Majlis Rakyat.
PERUBAHAN POLITIK DI THAILAND- Raja Mongkut melantik 80 orang penasihat barat untuk mengetuai pelbagai jabatan.
- Penasihat kewangan dan pelabuhan serta polis – dari Britain.
- Penasihat kastam – dari Amerika Syarikat.
- Penasihat ketenteraan – dari Perancis
- Raja Chulalongkorn memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah, majlis Mesyuarat tertinggi dan kabinet Menteri.
- Majlis penasihat rendah dan majlis Mesyuarat Tertinggi menasihati raja.
- Kabinet Menteri mengetuai kementerian.
- Juruaudit – dari Britain
FAKTOR2 KEMUNCULAN NASIONALISME1. Dasar Penjajahan Barat- Sistem tanaman paksa di Indonesia
- Sistem Polo di Filipina
- Penduduk tempatan dipaksa menjadi buruh bagi menjayakan aktiviti pertanian.
- Penjajah barat hanya bergaul dengan golongan elit tempatan.
- Dasar keterbukaan penjajah – kemasukan imigran dari luar telah menguasai ekonomi.
2. Pengaruh Agama- Gerakan islah di tanah melayu dan Indonesia – penyatuan dunia Islam menentang penjajahan.
- Persatuan Belia Buddha di Burma.
- Di Sepanyolmpengnut Kristian tempatan di anggap kelas kedua berbanding penganut Kristian berbangsa Sepanyol.
3. Karya Kesusasteraan- Jose Rizal- Novel Noli Me Tangere
- Chairil Anuar- Kerikil-kerikil tajam & Ke Makam Bonda
- Menyampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaan.
4. Sistem Pendidikan- Di Indonesia anak golongan priyai diberikan pendidikan tersendiri
- Di Burma pendidikan sekular dan pendidikan mubaligh di perkenalkan.
- Di tanah melayu lepasan sekolah vernakular sukar mendapat pekerjaan.
- Sikap pilih kasih dalam memberikan pendidikan menimbulkan rasa tidak puas hati.
5. Kemunculan golongan intelektual- Mereka berpeluang belajar di barat dan Asia barat.
- Mereka menjadi pemimpin gerakan nasionalisme.
- Peringkat awal – hanya menuntut taraf hidup bangsa mereka di bela.
- Peringkat akhir- meminta penjajah membebaskan negara mereka.
6. Pengaruh Media Massa- Vietnam- Tribune Indigine
- Tanah Melayu – al-Ikhwan, Saudara dan majlis
- Menyebarkan idea-idea nasionalis
- Menanam perasaan anti penjajah.
7. Sistem pengangkutan dan perhubungan- Perkhidmatan telefon dan telegraf
- Memudahkan hunungan kalangan nasionalis
- Jalanraya dan jalan kereta api
- Memudahkan pertemuan dan idea-idea nasionalisme.
8. Pengaruh Luar- Kejayaan jepun menewaskan Russia dan China.
- Keupayaan negara kecil menewaskan negara lebih besar.
- Perjuangan mahatma Gandhi di India.
- Menggunakan strategi enggan bekerjasama dengan penjajah secara mogok lapar.
- BAB 3 : KESEDARAN PEMBINAAN BANGSA DAN NEGARA
BAB 3 – KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA
DAN BANGSA
CIRI-CIRI NEGARA DAN BANGSA
1. Negara
- Negara – wilayah yg mempunyai penduduk, sempadan dan pemerintahan yg berwibawa.
- Malaysia terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
2. Bangsa
- Merujuk kepada sekumpulan manusia yg mendiami sesebuah wilayah.
- Mempunyai persamaan dari segi bahasa, adat resam, kesenian dan pengalaman sejarah.
3. Kerajaan
- Institusi pemerintah yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar sesebuah negara.
- Kerajaan juga bertindak sebagai pengaman dan penentu arah kehidupan masyarakat sesebuah negara.
- Kerajaan di negara kita merujuk kepada tiga badan dalam pemerintahan iaitu Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman.
4. Perlembagaan
- Peraturan tertinggi sama ada bertulis atau tidak bertulis yg menjadi rujukan dan panduan bagi mentadbir dan memerintah sesebuah negara.
- Perlembagaan bertujuan memberikan jaminan perlindungan kepada rakyat negara ini.
CIRI-CIRI NEGARA DAN BANGSA DALAM KESULTANAN MELAYU MELAKA
1. Wilayah Pengaruh
- Wilayah - Kawasan tempat tinggal rakyat dan sempadannya yang diterima umum.
- Wilayah Pengaruh – kawasan yg rakyatnya menerima dan memperakui pemerintahan seorang raja.
- Empayar Kesultanan Melayu Melaka meliputi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan seluruh Timur Sumatera.
2. Kedaulatan
- Kekuasaan tertinggi terhadap rakyat sesebuah wilayah dan kekuasaan ini tidak boleh dihadkan oleh mana-mana pihak.
- Kedaulatan juga merujuk kepada kekuasaan yg dimiliki untuk menggubal dan menguatkuasakan undang-undang.
- Kedaulatan memastikan sesebuah negara itu bebas daripada campur tangan, paksaan, taklukan atau penjajahan kuasa asing.
3. Lambang-lambang
- Lambang Negara – Simbol atau tanda yg mempunyai ientiti sesebuah negara.
- Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan lambang penyatuan negara dan bangsa.
- Sistem pemerintahan beraja, adat istiadat Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam merupakan warisan yang dikekalkan sejak Kesultanan Melayu Melaka.
- Kebesaran sultan dan Kesultanan Melayu Melaka juga dilambangkan dengan alat regalia, nobat, warna, bahasa, undang-undang, protokol dan adat istiadat istana.
4. Keunggulan Undang-Undang
- Undang-undang dicipta untuk memelihara keamanan dan melindungi rakyat.
- Keunggulan undang-undang menentukan struktur kerajaan, kehakiman, bahasa, agama dan kerakyatan diterima oleh masyarakat.
- Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka terdapat dua sumber undang-undang bertulis iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.
- Hukum Kanun Melaka – mengandungi 44 fasal yg menyentuh bidang kuasa raja dan pembesar serta pantang larang di kalangan masyarakat.
- Hukum Kanun Melaka turut menyatakan hukuman terhadap kesalahan jenayah awam dan undang-undang keluarga.
- Undang-Undang Laut Melaka – berkaitan tatacara pelayaran di laut seperti tanggungjawab pengawal kapal, atur cara pelayaran, perniagaan, bidang kuasa nakhoda kapal dan hukuman bagi kesalahan jenayah.
5. Rakyat
- Seluruh penduduk bagi sesebuah wilayah dan mereka ini terikat kepada undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan dalam wilayah tersebut.
- Sebagai tanda ketaatan , rakyat sedia mempertahankan negara, menghadiri adat istiadat kerajaan, mengadakan gotong royong dan kerahan tenaga.
6. Kerajaan
- Badan yang diberikan kuasa untuk menguruskan pentadbiran, menjaga keamanan, mempertahankan kedaulatan negara dan menjalin hubungan diplomatik dengan negara lain.
- Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, Raja atau Sultan merupakan pemerintah tertinggi yg dibantu oleh Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana.
UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN JOHOR.
1. Latar Belakang
- Diperkenalkan oleh Sultan Abu Bakar.
- Dikuatkuasakan pada tahun 1895.
2. Kandungan Undang-Undang Tubuh Kerajaan
Johor.
- Keturunan Sultan sebagai pewaris takhta
- Pengiktirafan orang Melayu sebagai rakyat Johor.
- Agama Islam sebagai agama negeri.
- Raja hendaklah berbangsa Melayu
- Lelaki
- Beragama Islam
- Merupakan waris pemerintah Johor
- Raja, Menteri dan Jemaah Pangkuan Negeri dilarang menyerahkan negeri kepada kuasa atau kerajaan lain.
- Raja berhak memilih menteri Besar.
- Naib menteri Besar ditentukan oleh Jemaah Menteri dengan perkenan Raja.
3. Majlis Mesyuarat Kerajaan dibahagikan kepada
dua iaitu Majlis Negeri dan Jemaah Menteri.
4. Majlis Negeri – mempunyai kuasa perundangan
dan Jemaah Menteri – mempunyai kuasa
pelaksanaan.
5. Majlis Negeri dipengerusikan oleh Menteri Besar
sebagai Yang Dipertua dan berfungsi membantu
raja dan Jemaah Menteri mentadbir negeri dan
rakyat.
6. Jemaah Menteri teriri daripada 8 hingga 12 org
pegawai kanan kerajaan yg menjadi anggota
Majlis Negeri. Mereka berbangsa Melayu,
beragama Isalam dan merupakan rakyat Johor.
7. Pengisytiharan Undang-Undang Tubuh Kerajaan
Johor berjaya memantapkan sistem pentadbiran
Johor bagi menghalang rancangan British
menguasai negeri Johor.
SISTEM JEMAAH MENTERI DI KELANTAN
1. Latar belakang
- Sistem jemaah Menteri di Kelantan telah diamalkan sejak pemerintahan Sultan Muhammad 1 (1801-1836).
- Sultan Muhammad II (1836-1886) membentuk Sistem Jemaah Menteri bagi melicinkan pentadbiran dan pemerintahan kelantan.
- Sultan Muhammad II telah menyingkirkan kerabat diraja yang terlibat dalam pertikaian merebut kuasa dan menggantikannya dengan golongan pembesar yang bergelar Nik dan Wan.
2. Struktur Sistem Jemaah menteri Kelantan.
- Jemaah Penasihat Raja – Menguruskan perkara dan urusan penting yang bukan rahsia.
- Jemaah Menteri Istana – Menguruskan istiadat diraja dan istiadat rasmi di seluruh negeri kelantan.
- Jemaah Menteri Keadilan dan kehakiman – Mengendalikan urusan penting tentang keadilan dan kehakiman.
- Jemaah Menteri Dalam Negeri – Menjaga keamanan Negeri.
- Jemaah Menteri Luar – Menguruskan dasar dan hal ehwal luar negeri.
- Jemaah Menteri Perbendaharaan – Mengendalikan harta benda dan hasil mahsul.
- Jemaah Menteri Peperangan – Menguruskan pertahanan dan keamanan negeri.
- Jemaah Menteri Pentadbiran dan Pengimarahan Negeri – Menguruskan kemajuan dan pembangunan negeri.
UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN TERENGGANU
1. Latar Belakang
- Pada 1911, Sultan Zainal Abidin III meluluskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu.
- Dikenali juga sbg Ittiqan-Il muluk bi-tadil il-suluk bermaksud keyakinan kepada pemerintah yg berdasarkan keadilan.
- Tujuan – untuk menghalang British yg sedang berusaha meluaskan kuasanya di Terengganu.
2. Kandungan Undang-Undang Tubuh Kerajaan
Terengganu.
- Pemerintahan beraja bercorak raja berperlembagaan.
- Pemerintah Terengganu mesti beragama Islam.
- Berbangsa Melayu.
- Lelaki.
- Merupakan waris Sultan yg memerintah Terengganu.
3. Sultan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan
dan Jemaah Menteri.
4. Menteri yang menganggotai Mesyuarat Kerajaan
mestilah beragama Islam, berbangsa Melayu,
rakyat Terengganu serta mengaku taat setia
kepada sultan dan kerajaan.
5. Majlis Mesyuarat kerajaan diketuai oleh Menteri
Besar yg dilantik oleh Sultan.
BAB 4 – PEMBINAAN NEGARA DAN
BANGSA MALAYSIA
SEBAB-SEBAB PENGENALAN MALAYAN UNION
1. Persediaan Membentuk Kerajaan Sendiri
- British memperkenalkan Malayan Union sebagai persediaan kepada Tanah Melayu ke arah membentuk pemerintahan sendiri.
2. Melahirkan Pentadbiran yg licin
- British ingin mewujudkan pentadbiran yang licin.
- Sistem pentadbitan sebelum ini banyak menimbulkan kesulitan kerana berlainan dari segi cara pentadbiran.
3. Menjimatkan kos pentadbiran
- Pembahagian Tanah Melayu kepada 3 unit pemerintahan iaitu NNS, NNMB dan NNMTB telah menyulitkan petadbiran.
- Kepelbagaian sistem ini telah menelan kos yang besar.
- Ia juga menyebabkan pembangunan ekonomi di setiap negeri tidak seimbang.
4. Membentuk Bangsa Malayan Union.
- British berhasrat membentuk bangsa Malayan Union supaya golongan pendatang dapat melupakan negara asal dan menumpukan taat setia kepada Malayan Union.
- Justeru, British dapat memastikan sumber tenaga dan pelaburan untuk memajukan ekonomi Tanah Melayu tidak terbantut.
5. Mengawal kuasa politik orang Melayu.
- British berpendapat dengan mewujudkan Malayan Union ini dapat menjamin penguasaan yg berterusan terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu.
- Selain itu ia juga dapat mengurangkan kuasa politik orang Melayu.
CIRI-CIRI PERJANJIAN MALAYAN UNION
- Penyatuan Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu an Negeri Selat.
- Perlantikan seorang gabenor British oleh Ratu England yg akan mengetuai Malayan Union.
- Pembentukan Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union.
- Singapura diasingkan kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas.
- Kewarganegaraan sama rata dengan prinsip jus soli.
- Raja-Raja Melayu menjadi menjadi ahli majlis Raja-Raja Melayu.
- Raja-Raja hanya membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat Melayu.
- Seorang Pesuruhjaya dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir.
REAKSI TERHADAP MALAYAN UNION
Sebab-Sebab Penentangan Malayan Union
- Orang Melayu membantah tindakan Sir Harold MacMichael yang mengugut Raja-Raja melayu.
- Baginda akan diturunkan takhta sekiranya enggan menerima Malayan Union.
- Cth. Ugutan terhadap Sultan Badlishah di Kedah.
- Orang Melayu menentang penghakisan kuasa Raja-Raja melayu dalam Malayan Union.
- Raja-Raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu tanpa sebarang kuasa.
- Zakat fitrah dipungut di bawah nama Gabenor Malayan Union.
- Bertentangan dengan kedudukan Sultan yang merupakan ketua agama Islam.
- Orang Melayu bimbang agama Islam akan tercabar.
- Pemberian kerakyatan yg longgar kepada orang dagang ditolak oleh orang Melayu.
- Dasar terbuka British mengancam status quo orang Melayu sebagai peribumi.
- Orang Melayu bimbang akan kehilangan warisan tamadun yang telah dibina oleh kerajaan Melayu seperti Kesultanan Melayu Melaka.
- Pengenalan Malayan Union akan menghapuskan sejarah yang telah terbina sejak sekian lama.
GOLONGAN YANG MENYOKONG MALAYAN UNION
- Orang Dagang dan Golongan Melayu
Radikal
- Golongan ini bersetuju dengan dasar menyatukan Negeri-negeri Melayu menjadi sebuah unit politik untuk melicinkan pentadbiran.
- Mereka menyokong dasar sama rata Malayan Union yang menghapuskan hak-hak perlindungan kepada org Melayu.
- Kerakyatan Malayan Union yang terbuka juga disokong kerana mereka boleh mengekalkan kerakyatan asal masing-masing.
- Mereka juga mempercayai janji British yang akan memeberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.
- Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
- Pemerintahannya bersifat barat serta menghapuskan sistem feudal Melayu dan tidak mengiktiraf kuasa raja dan pembesar Melayu di sokong oleh mereka.
- Mereka menginginkan konsep republik seperti di Indonesia dapat dijalankan dan seterusnya konsep Melayu Raya dapat dilaksanakan.
- Angkatan Pemuda Insaf (API)
- Pimpinan Ahmad Boestamam
- Nama sebenarnya ialah Abdullah Sani
- Menjadi wartawan
- Ditahan di bawah Akta Darurat 1948-1955
- Angkatan Wanita Sedar ( AWAS )
- Barisan Tani Malaya (BATAS )
CARA-CARA PENENTANGAN ORANG MELAYU TERHADAP MALAYAN UNION.
- Bantahan melalui akhbar-akgbar Melayu seperti Utusan Melayu, Majlis dan Warta.
- Mengadakan demonstrasi secara aman semasa Sir Harold MacMichael mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu.
- Bantahan ini berlaku di Kota Bharu, Kelantan dan Alor Setar, Kedah.
- Persatuan-persatuan Melayu dihidupkan untuk menentang Malayan Union.
- Mereka menghantar telegram dan surat bantahan ke pejabat Tanah Jajahan di London.
- 23 Januari 1946, Dato’ Onn Jaafar menyeru orang Melayu berkongres dan menubuhkan United Malays Organization ( U.M.O ).
- Kongres Melayu 1946 diadakan pada 1 - 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru Kuala Lumpur.
- Kongres ini dihadiri oleh 41 buah persatuan diseluruh Tanah Melayu.
- Kongres ini setuju menubuhkan United Malays National Organization (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.
- Kongres Melayu Kedua diadakan dari 30-31 Mac 1946. Tujuannya untuk membantah perisytiharan Malayan Union pada 1 April 1946.
- Orang Melayu mengadakan rapat umum disetiap bandar besar untuk menunjukkan bantahan mereka kepada ahli-ahli parlimen British iaitu L.D Gammans dan David Reese William.
- Raja-raja Melayu berkumpul di Kuala Kangsar pada 28 April 1946 untuk menyatakan bantahan mereka kepada ahli-ahli parlimen tersebut.
BAB 5 – PEMBINAAN NEGARA DAN
BANGSA YANG MERDEKA
SISTEM AHLI
- Sistem Ahli – sistem yang melatih penduduk tempatan dan kaum lain menerajui pentadbiran Tanah Melayu.
CIRI-CIRI SISTEM AHLI
- Satu sistem kabinet bayangan yang terdiri daripada beberapa orang pegawai tadbir dan tokoh masyarakat untuk memegang jawatan yang dibentuk.
- Anggota sistem ahli dikenali sebagai ahli. Contohnya Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri.
- Perlantikan ahli dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu.
- Ahlinya terdiri daripada 9 orang.
- 5 orang penduduk Tanah Melayu – 3 Melayu, 1 Cina dan 1 India.
- 4 orang pegawai Inggeris.
- Ahli – ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British.
PAKATAN MURNI
- Pakatan Murni – Usaha semua kaum di Tanah Melayu menghasilkan satu kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan.
- Setiap kaum mempunyai tuntutan dan masalah yang tersendiri. Pakatan Murni merupakan jalan penyelesaian untuk menyatupadukan pelbagai kaum.
BEBERAPA USAHA PAKATAN MURNI SEBELUM PERIKATAN
1. Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara kaum
@ Communities Liaison Committee (CLC) pd
Januari 1949.
- Mulanya dianggotai oleh org Melayu dan Cina.
- Pd Ogos 1949 CLC dianggotai 6 pemimpin Melayu, 6 pemimpin Cina dan seorang wakil daripada kaum India, Sri Lanka, Serani dan Eropah.
Hasil Perundingan UMNO-CLC beberapa perkara telah dipersetujui.
- Penubuhan lembaga Pembangunan Industri Desa @ Rural Inductrial Development Authority (RIDA). Tujuan – memajukan ekonomi dan pendidikan masyarakat luar bandar terutama kaum Melayu.
- Kerakyatan Negeri 1951. Kerakyatan ini diberi kepada imigran yang lahir di Persekutuan Tanah Melayu. Syaratnya – ibu atau bapanya telah menjadi rakyat Tanah Melayu.
- Pilihanraya. Akan diadakan pd masa yang sesuai diperingkat perbandaran, negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP).
- Pembukaan keahlian UMNO kepada bukan Melayu.
- Dicadangkan oleh Dato’ Onn pd 1951.
- Cadangan beliau dikecam hebat.
- Masyarakat Melayu enggan berkompromi untuk mengubah struktur UMNO.
- Beliau kemudiannya telah meninggalkan UMNO.
- Penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya @ Independent Malaya Party (IMP).
- Ditubuhkan oleh Dato’ Onn Ja’afar menggunakan konsep kerjasama kaum dlm sebuah parti.
- IMP terbuka kepada semua kaum.
- Namun IMP gagal mendapat sambutan org Cina, India dan kaum lain.
- Kaum2 ini tidak merasakan bahawa mereka adalah sebagai satu bangsa Tanah Melayu.
- Penubuhan Persidangan Kebangsaan
- Ditubuhkan pada Februari 1953 oleh Sir Malcolm MacDonald
- Tujuan – mencapai kerjasama politik bagi mengurangkan perasaan perkauman di kalangan penduduk Persekutuan Tanah Melayu.
- Konvensyen Kebangsaan
- Dianjurkan oleh UMNO dan MCA
- Turut disertai pelbagai parti dan persatuan politik yang lain.
- Kerjasama ini telah mengasaskan pembentukan Parti Perikatan.
SURUHANJAYA REID
- Dibentuk pada Mac 1956 bagi membincangkan dan menyusun perlembagaan persekutuan.
- Anggota Suruhanjaya Reid
- Lord Reid (Hakim British)
- Sir Ivor Jennings
- Sir William McKell
- Tuan B. Malik
- Tuan Abd. Hamid
- Beberapa isu menjai panduan suruhanjaya ini alam merangka perlembagaan.
- Kerajaan Persekutuan yang kuat
- Pemberian kuasa autonomi kepada negeri dalam bidang tertentu.
- Kedudukan Raja-raja Melayu.
- Hak istimewa orang Melayu.
- Pewujuan satu bangsa persekutuan.
PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957.
Antara isi pentingnya termasuklah:
- Pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan.
- Pemisahan antara kuasa negeri melalui Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri.
- Institusi Raja dijadikan Raja Berperlembagaan.
- Tiga jenis kerakyatan diwujudkan iaitu secara Kuat Kuasa Undang-undang, Permohonan dan Naturalisasi. Prinsip jus soli diterima.
- Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan.
- Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
- Tanah Simpanan Melayu dikekalkan.
- Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
- Yang Di-pertuan Agong menjadi ketua negara.
- Pentadbiran negara bersifat demokrasi berparlimen iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara terletak di bawah kuasa Parlimen.
- Pada peringkat negeri, Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran dan beliau dibantu oleh Dewan Undangan Negeri.
KEPENTINGAN PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957.
- Membolehkan kerajaan demokrasi dengan konsep Raja Berperlembagaan dibentuk.
- Pemimpin Melayu dan bukan Melayu menyedari pakatan ini dapat mewujudkan perpaduan antara kaum.
- Keharmonian kaum dapat dicapai tanpa pertumpahan arah.
- Memberi hak mutlak kepada penduduk tempatan untuk mentadbir sesebuah negara berdaulat mengikut acuan sendiri.
- Setiap kaum berusaha untuk melahirkan identiti masyarakat yang merdeka.
- Perbezaan warna kulit, agama, bahasa dan bangsa diketepikan.
PERANAN TOKOH-TOKOH KEMERDEKAAN
- TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ
- Presiden UMNO
- Ketua Parti Perikatran dan Perdana Menteri.
- Mengendalikan Pakatan Murni antara kaum.
- Kemerdekaan telah dapat dicapai dengan penuh harmoni dan gemilang.
- TUN ABD RAZAK
- Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri
- Menjadi perunding tuntutan kemerdekaan di London pd tahun 1956.
- Menjadi perunding dalam menyiapkan Perlembagaan Kemerdekaan 1957.
- Pengerusi Jawatankuasa Penyata Pendidikan 1956.
- Dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia Kedua pada 1970.
- TUN H.S LEE
- Tokoh MCA yang turut mencetuskan idea Parti Perikatan.
- MCA bekerjasama dengan UMNO dan MIC bagi mendapatkan kemerdekaan negara pada tahun 1957.
- TAN CHENG LOCK
- Presiden MCA
- Penyokong Tunku Abd Rahman dalam mendapatkan kemerdekaan negara.
- TUN V. T SAMBANTHAN
- Presiden MIC
- Bersama-sama Tunku Abdul Rahman mendapatkan kemerdekaan negara.
- Menyokong sepenuhnya dasar kerjasama kaum.
- Menyeru kaum India supaya memberikan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada negara.
BAB 6 – PENGUKUHAN NEGARA
DAN BANGSA MALAYSIA
CADANGAN KE ARAH PEMBENTUKAN MALAYSIA
1961 – Tunku Abd Rahman menyetujui
gagasan Malaysia
1959 – Lee Kuan Yew mendesak British
supaya berunding dengan
Tunku Abd Rahman untuk
menggabungkan Singapura dengan
Persekutuan Tanah Melayu
1956 – Dato Onn Jaafar mencadangkan
agar Persekutuan Tanah Melayu
yang mereka dinamai Malaysia.
1955 – Lim Yew Hock dan David Marshall
mencadangkan penggabungan.
1948 – Sir Malcolm MacDonald
mencadangkan supaya Sarawak,
Sabah, Singapura, Brunei dan
Persekutuan Tanah Melayu
digabungkan.
FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN MALAYSIA
1. FAKTOR POLITIK
- Lee Kuan Yew minat bergabung dengan Malaysia kerana pengaruh Barisan Sosialis yang memenangi pilihanraya Hong Lim di Singapura.
- Perkembangan Barisan Sosialis akan melemahkan parti pimpinan Lee Kuan Yew iaitu Parti Tindakan Rakyat atau People’s Action Party (PAP).
- Keadaan ini membimbangkan kerana menggugat rancangan kerajaan British untuk memberikan kemerdekaan kepada Singapura.
- Ancaman komunis juga merupakan salah satu faktor pembentukan Malaysia.
- Persekutuan Tanah Melayu mempunyai pengalaman yang lama dalam membanteras pengaruh Parti Komunis Malaya (PKM) dari 1948-1960.
- Ancaman komunis juga wujud di Sarawak yang diperjuangkan oleh Clandstine Communist Organization (CCO). Matlamatnya menjadikan Sarawak sebagai negara komunis.
- Penyertaan Singapura. Sarawak dan Sabah ke dalam Malaysia diharapkan dapat menjadi benteng yang kukuh bagi menghadapi ancaman komunis.
- Penubuhan Malaysia akan mempercepat kemerdekaan Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei kerana pada masa ini negeri berkenaan masih belum mampu berkerajaan sendiri.
- Penubuhan Malaysia ialah proses dekolonisasi British terhadap negeri-negeri kecil yang belum membangun.
- British berharap pembentukan Malaysia dapat menghalang penyebaran pengaruh komunis di Singapura dan wilayah-wilayah Borneo.
2. FAKTOR EKONOMI
- Penubuhan Malaysia akan mewujudkan satu pasaran yang lebih luas bagi menggalakkan pelaburan dan perkembangan industri pertanian.
- Kerjasama serantau dalam bidang ekonomi dapat memanfaatkan keistimewaan dan sumber-sumber yang ada di negeri-negeri ini.
- Tanah Melayu kaya dengan getah & bijih timah, Sarawak dan Sabah dgn kayu balak, manakala Brunei kaya dengan minyak.
REAKSI PEMBENTUKAN MALAYSIA
(A) REAKSI DLM NEGERI
1. Reaksi Persekutuan Tanah Melayu
- Kebanyakan parti politik menyokong idea ini.
- Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) dan Barisan Sosialis meminta perkara ini dirunding terlebih dahulu dengan penduduk Tanah Melayu.
- UMNO menyetujui penggabungan Sarawak, Sabah dan Brunei tanpa memasukkan Singapura.
2. Reaksi Singapura
- Lee Kuan Yew dan partinya PAP menyokong kerana bimbang pengaruh parti berhaluan kiri.
- Barisan Sosialis menentang idea ini dan mengatakan pembentukan Malaysia satu penjajahan bentuk baru.
- Pandangan mereka disokong oleh Parti Buruh pimpinan David Marshall.
- Parti Rakyat Bersatu pimpinan Ong Eng Guan turut menggesa kerajaan Singapura mendapatkan pandangan rakyat.
- Referendum di adakan pada 1 Sept 1962.
- Pengundi Singapura memilih penggabungan Malaysia mengikut cadangan kerajaan Singapura.
3. Reaksi Sarawak dan Sabah
- Pada peringkat awal mereka menolak gagasan Malaysia.
- Ramai ingin kekal di bawah pemerintahan British.
- Mereka tidak yakin untuk membentuk pemerintahan sendiri.
- Hal ini disebabkan selama ini peluang mereka dlm pemerintahan amat terhad.
- SUPP bimbang Sarawak dan Sabah akan dikuasai oleh Tanah Melayu.
- PESAKA, SNAP, dan UNKO bimbang org bukan Melayu dan peribumi kehilangan identiti dan dikuasai oleh org Melayu.
- Mereka juga bimbang ekonomi Sarawak dan Sabah dikuasai oleh kerajaan pusat.
- Semua parti politik di Sarawak dan Sabah kecuali BERJASA inginkan kemerdekaan terlebih dahulu.
- PANAS, BERJASA dan USNO membangkitkan kemajuan ekonomi dan sosial.
- Reaksi Sarawak
Parti
|
Pemimpin
|
Keanggotaan
|
SUPP
|
Ong Kee Hui
|
Majoriti org Cina dan sebilangan Melayu.
|
PANAS
|
Dato’ Bandar Abang Hj Mustapha
|
Majoriti Melayu
|
SNAP
|
Stephen Kalong Ningkan
|
Org Iban
|
BERJASA
|
Abd Rahman Yaakub & Abd taib Mahmud
|
Majoriti Melayu & Melanau
|
PESAKA
|
Temenggung Jugah Anak Barieng
|
Org Cina
|
SCA
|
William Tan
|
Org Cina
|
- Kesemua parti politik ini akhirnya menyokong Malaysia.
- SUPP terus menentang.
- Okt 1962, 5 buah parti iaitu PANAS, SNAP, BERJASA, PESAKA DAN SCA bergabung membentuk Perikatan Sarawak.
- Mereka berjuang ke arah menyokong Sarawak menyertai Malaysia.
- Mereka juga bersaha menyekat pengaruh SUPP.
5. Reaksi Sabah
Parti
|
Pemimpin
|
Keanggotaan
|
UNKO
|
Donald Stephen
|
Majoriti Kadazan
|
USNO
|
Datu Mustapha Datu Harun
|
Org Islam Sabah
|
Pasok Momugon
|
G.S Sundang
|
Dusun/Kadazan
|
Parti Bersatu
|
Khoo Siak Chew
|
Org Cina
|
Parti Demokratik
|
Peter Chin
|
Org Cina
|
- UNKO, USNO, Pasok Momugun, Parti Bersatu dan Parti Demokratik membentuk Perikatan Sabah.
- Menyokong penyertaan Sabah ke dalam Malaysia.
- Parti Perikatan Sabah mengemukakan tuntutan yang mengandungi 20 syarat dikenali sebagai Perkara 20 untuk dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia.
- Tuntutan ini juga kemudiannya diterima oleh Sarawak.
- Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) memuatkan tuntutan tersebut dalam Perlembagaan Malaysia.
- Tuntutan ini menjadi asas pembentukan perlembagaan Malaysia yang baru.
- Tuntutan ini akan melindungi kepentingan penduduk sarawak dan Sabah.
- Terdapat perbezaan hak kuasa bagi Sarawak dan Sabah dengan negeri-negeri SemenanjungTanah Melayu.
- Hak ini dikenali sebagai Hak Wilayah Asingan.
- Antara perkara penting dalam Hak Wilayah Asingan :-
- Ketua Negeri
- Bahasa Kebangsaan
- Agama Islam
- Kedudukan istimewa penduduk asal negeri dan imigresen
- Kerakyatan
- Peruntukan Kewangan
- Pelajaran.
6. Reaksi Brunei
- Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong gagasan Malaysia.
- Parti Rakyat Brunei (PRB) di bawah pimpinan A.M Azhari menentang.
- Mereka ingin menubuhkan Persekutuan Borneo iaitu Kerajaan Kalimantan Utara yg terdiri daripada Sarawak, Sabah dan Brunei.
- PRB menganggap Malaysia satu bentuk neokolonialisme.
- A.M Azhari melancarkan pemberontakan di bawah pasukan Tentera Nasional Kalimantan Utara (TNKU).
- A.M Azhari dan penyokongnya mendapat bantuan dan sokongan Indonesia dan Filipina.
- Melancarkan pemberontakan pada 1962.
- Dapat dipatahkan oleh tentera British.
- A.M Azhari yg berada di Manila tidak dapat ditangkap.
- Beliau akhirnya mendapat perlindungan politik di Indonesia.
(B) REAKSI NEGARA LUAR
1. Reaksi Indonesia
- Peringkat awal tidak menunjukkan sebarang reaksi.
- Tentangan muncul apabila Indonesia berpendapat pembentukan Malaysia merupakan satu bentuk neokolonialisme.
- Panangan yg disuarakan oleh Parti Komunis Indonesia (PKI) mempengaruhi Presiden Soekarno.
- Dasar Konfrontasi ekonomi an kemasyarakatan (Ganyang Malaysia) diumumkan pada 20 Jan 1963.
- Ganyang Malaysia – Dasar Indonesia utk memusnahkan pembentukan Malaysia
- Antara tindakan Indonesia:-
- menghantar pengintip
- serangan terhadap kapal-kapal nelayan Tanah Melayu.
- Menceroboh ruang udara
- Serangan terhadap Malaysia melalui Johor, Sarawak dan Sabah.
- Menekan Tanah Melayu dari segi ekonomi.
- Memburuk-burukkan nama Malaysia di negara Afro-Asia dan negara Dunia Ketiga.
- Tindakbalas Malaysia.
- mendapatkan bantuan tentera Komanwel termasuk dari Britain, Australia, New Zealand dan Kanada.
- Tunku Abd Rahman membuat bantahan rasmi kepada Setiausaha Agung PBB berhubung pencerobohan Indonesia terhadap tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.
- Tun Ab Razak mengadakan lawatan ke Afrika bagi menjelaskan hubungan antara Malaysia dan Inonesia.
- Ancaman dari segi ekonomi tidak berlaku kerana tindakan ini menjejaskan Indonesia sendiri.
- Hubungan tegang ini berpanjangan sehinggalah berlaku pemberontakan bersenjata Jeneral Soeharto yang menggulingkan Soekarno.
- Soeharto menghantar Menteri Luar Indonesia, Adam Malik bagi memulihkan hubungan.
- Perundingan memulihkan hubungan diadakan di Bangkok pada tahun 1966.
2. Reaksi Filipina
- Presiden Macapagal membuat pengumuman rasmi menuntut hak terhadap Sabah.
- Filipina mendakwa Sabah masih merupakan sebahagian daripada milik Kesultanan Sulu.
- Tuntutan ini berdasarkan perjanjian pada 22 Januari 1878 antara Sultan Jamalul Alam dengan Baron Von Overbeck.
- Overbeck kemudiannya menjualkan haknya kepada Alfred Dent yg telah menubuhkan syarikat perdagangan yg memperoleh Piagam Diraja daripada British.
- Pada tahun 1881, syarikat ini dikenali sebagai Syarikat British Utara Borneo (SBUB).
- Syarikat ini memerintah Sabah sehingga kedatangan Jepun.
- Pada tahun 1946, SBUB menyerahkan pemerintahan Sabah kepada British.
- Pajakan ini telah diisytiharkan tamat oleh waris Sultan Sulu yg akhir iaitu Sultan Esmail Kiram pd 22 Januari 1958.
- Pd Jun 1966 Filipina mengiktiraf Malaysia melalui MAPHILINO ( Malaysia, Filipina dan Indonesia.)
LANGKAH-LANGKAH KE ARAH PEMBENTUKAN MALAYSIA
(a) Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK)
- JPPK ditubuhkan di Singapura dan dipengerusikan oleh Donald Stephens.
- Ahli JPPK – Tunku Ab Rahman, Ong Yoke Lin, Khir Johari ( dari Persekutuan Tanah Melayu) Lee Kuan Yew ( Singapura) dan Tun Datu Mustapa Datu harun ( Sabah).
- Peranan JPPK – menerangkan kepada rakyat gagasan Malaysia. Mengumpulkan pandangan penduduk dan menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia.
- Dalam mesyuarat di Singapura JPPK sepakat mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold.
- Memorandum ini mengandungi perkara berkaitan pandangan dan pendapat Sarawak dan Sabah untuk dimasukkan ke dalam perlembagaan yang baru.
(b) Suruhanjaya Cobbold
- Keanggotaan – 3 org pegawai British iaitu Lord Cobbold, Sir Anthony Abbel dan Sir David Watherston.
- Rakyat tempatan – Dato’ Wong Pow Nee dan Tan Sri Ghazali Shafie.
- Tujuan :-
- meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia.
- Membuat penilaian dan cadangan kepada British.
- Menerima memorandum yang dikemukakan oleh pertubuhan.
- Laporan Suruhanjaya Cobbold:-
- 1/3 penduduk Sarawak dan Sabah menyokong gagasan Malaysia tanpa syarat.
- 1/3 menyokong dgn syarat iaitu kepentingan mereka harus dilindungi.
- 1/3 ingin kemerdekaan sebelum menyertai malaysia.
- Antara cadangan Suruhanjaya ini.
- perlembagaan Malaysia yang baru berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
- Sarawak dan Sabah diberikan kuasa menentukan dasar imigresennya.
- Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan.
- Jaminan terhadap hak dan kedudukan bumiputera Sarawak dan Sabah.
- Pemberian nama Malaysia kepada negara baru yang dibentuk.
- Penentuan tarikh penubuhan Malaysia.
(c) JAWATANKUASA ANTARA KERAJAAN
(JAK)
- Dipengerusikan oleh Lord Landsdowne, dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak.
- Kedua-duanya mengunjungi Sabah dan Sarawak bagi menerangkan penubuhan Malaysia.
- JAK bemesyuarat 24 kali bagi mewajarkan kemasukan Sarawak dan Sabah ke dalam Malaysia.
- Membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah.
(d) MAPHILINDO
- Bagi mengurangkan ketegangan, perjumpaan tiga pihak melibatkan Malaysia, Indonesia dan Filipina telah diadakan.
- Perbincangan antara Tunku Abdul Rahman, Presiden Soekarno dan Presiden Macapagal diadakan di Manila dari 30 Julai hingga 5 Ogos 1963.
- Hasil rundingan ini MAPHILINDO ditubuhkan.
- Bersetuju mencari jalan penyelesaian melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
ggiugiugiugigy
ReplyDelete